Monday 3 October 2016

Last Memory : 5

Dengan kudrat yang masih berbaki, Nureen memapah Farihin untuk singgah ke rumah Mak Ros. Rumah yang sangat berhampiran.
"Assalamualaikum! Mak oh mak! Yeen datang ni!" kata Nureen sambil mengetuk pintu rumah Mak Ros. Farihin yang dipapah tadi disandarkan di atas kerusi yang berada di luar rumah Mak Ros.
"Waalaikumsalam! Mimpi apa kamu ni datang rumah mak? Yang kamu ni dah kenapa tangan biru. Boiperen kamu tu pulak awat kepalanya berdarah, pengsan pulak tu. Haish.. Cuba cerita dekat mak." Mak Ros menanyakan soalan yang begitu banyak sehinggakan Nureen tidak menang mulut untuk menjawab.
"Kut ya pun bagilah kitorang masuk dulu. Takkanlah nak bagi kitorang tercongok dengan muka berbalam sana-sini." kata Nureen dengan nada serius.
"Hehehe. Mak lupa pula. Almaklumlah dah tua. Nanti kamu dah tua pun pelupa juga. Hah, masuklah. Papah boiperen kamu tu sekali. Ayah dengan abang Li tak ada. Kerja katanya." jemput Mak Ros.
"Okey." jawab Nureen ringkas sebelum memapah dan masuk ke dalam rumah.
*****
"Terima kasih mak."
"Sama-sama. Hal kecik ajelah. Kamu nak tunggu sini sampai bila? Kang mak boiperen kamu tu risau pula." Soal Mak Ros.
"Esok pagi baliklah. Minta tolong Abang Li temankan. Nanti mak bagilah tau umi yang Yeen tinggal sini. Mak dia... dah tak ada. Mak angkat dia pun tak ada. Balik kampung katanya." kata Nureen. Nadanya menurun apabila mengenangkan nasib Farihin.
"Lah yeke? Mana mak tau dia tu anak yatim piatu. Dahlah, suruh dia tinggal sini je. Temankan mak. Bosan juga tinggal seorang-seorang kat rumah ni. Atleast adalah kawan buat sembang. Nanti dia dah baik karang baru balik. Dah pergi mandi sana. Hangit sampai menusuk hidung." seloroh Mak Ros untuk menaikkan mood Nureen.
"Okey mak. Yeen tinggal sini ya malam ni. Malas nak balik." kata Nureen sebelum masuk ke dalam bilik mandi.
*****
"Nureen hmm? Sounds fun! How about we hunt her to? This game will be more fun!~" kata Charles sebelum menyisip sedikit red wine.
"Tapi Charles, kalau mak pak dia tau macam mana? Habis kita Charles. Aku tak nak masuk dalam." kata orang kanan Charles, Finn.
"Apa susah, Jack kan ada. Kalau diorang tau, bunuh ajelah." kata Charles sebelum ketawa besar.
"Kau ni gilalah Charles!" bentak Finn.
"Memang aku gila! Aku gilakan Haziq! Dia yang buat aku gila! Salahkan dia!" kata Charles sambil menjulang tinggi gambar Hidzwan.
"Ah! Sudahlah! Aku nak keluar. Aku tak sanggup nak jadi hamba orang gila macam kau! Mental!" cemuh Finn sekuat hatinya.
"Kau dah lupa siapa yang sara keluarga kau sebelum ni? Kau dah lupa siapa yang tolong anak kau dari kena culik? Kau dah lupa? Dah lupa semua benda tu?" soal Charles dalam nada serius. Mukanya tersenyum tadi kini sudah bertukar memjadi ketat. Dia tersenyum sinis sebelum jari-jemarinya menari-nari di atas sebuah butang merah.
Finn yang melihat jari-jemari Charles menari di atas butang tersebut tergamam. Dia segera melutut untuk memohon maaf.
"Maaf Charles!! Aku gurau je tadi. Tolong maafkan aku!" Finn melutut dan duduk seperti memyembah.
"Hahaha. Bangun Finn. Tak apa, jangan risau." kata Charles sambil tersenyum sinis.
Kata-kata Charles itu membuatkan Finn berasa lega. Dia segera bangkit dan mengucapkan terima kasih. Finn melangkah untuk keluar dengan hati yang gembira.
"Heh, tak semudah itu."
Tit! Butang merah tadi ditekan. Finn yang melangkah untuk keluar tadi terbaring menggelupur akibat renjatan elektrik. Mulutnya keluar buih putih dengan banyak akibat kesan renjatan tadi.
Charles yang melihat Finn yang sudah tidak bernyawa itu tersenyum puas.
"Tiada siapa yang boleh halang aku dari mendapatkan Farihin!! Dia milik aku! Hahahahaha." tawa Charles memenuhi ruang segenap tempat yang ditinggalnya.
"1 more to go. Then Farihin is mine!" gumam Charles sebelum meletakkan sekuntum bunga di atas dada Finn tanda memperingatinya.
*****
"Aduh... Aku dekat mana ni?" Farihin memegang kepalanya yang masih berdenyut ketika bangun daripada pengsan.
"Hah, dah bangun dah? Nak ambil baju ni, pergi mandi. Biar segar. Nanti cepat baik sakit kamu tu." kata Mak Ros sambil menghulur sepasang baju milik Abang Li. Baju yang tidak dipakai lagi.
"Okey.." Farihin meyambut huluran Mak Ros memandangkan dia sudah ingat siapa gerangan yang menjenguknya di dalam bilik.
Selepas mandi, Farihin mengemas bajunya dan bersiap sedia untuk pulang.
"Hai, kamu nak pergi mana malam-malam ni?" soal Mak Ros hairan melihat Farihin bersiap bagai.
"Nak balik mak. Karang risau Mak Jah." jawab Farihin.
"Lah... Takkan kamu dah lupa. Luka sikit ja takkan amnesia. Diakan balik kampung. Adoiyai.. Dah letak barang kamu. Makan sama-sama." kata Mak Ros sambil menarik tangan Farihin dan memaksa dia duduk di meja makan.
"Assalamualaikum!" kedengaran satu suara memberi salam dari luar.
"Waalaikumsalam! Sekejap!" Nureen yang baru keluar dari dapur terkocoh-kocoh mengambil kunci yang berada di atas peti ais.
"Aik Yeen, kenapa pakai tudung? Bukannya abah atau Abang Li bawa kawan balik." soal Pak Tan hairan.
"Abah ni, banyak tanyalah. Masuk dulu baru tau. Cepat sikit masuk tu, nanti mak marah. Orang dah nak makan baru balik." sempat lagi Nureen membebel.
"Lah... Ada tetamu rupanya. Siapa ni Ros?" Pak Tan menyoal Mak Ros usai Mak Ros menyalamnya.
"Boiperen si Yeen ni. Balik rumah sini muka berbalam-balam." adu Mak Ros.
"Mak ni.. Diam ajelah. Tak payah cerita dengan abah. Karang dipusingnya balik cerita tu jadi lain. Hah, Abang Li mana? Tak makan sekali ke?" angin Nureen mula naik. Dia menyoal tentang Abang Li kerana kelibatnya tidak kelihatan dari tadi.
"Kenapa Yeen cari abang?" soal Abang Li dari tangga. Dari cara pemakaiannya, Nureen sudah dapat mengagak bahawa abangnya itu baru lepas mandi.
"Tak adalah. Ingat gayut dengan Kak Syu. Yalah, abangkan tengah angau kat dia.." seloroh Nureen.
"Hish Yeen ni! Kan mak dengan abah dah tau. Tak pandai simpan rahsia betul." muncung Abang Li memanjang apabila rahsianya dibocorkan.
Mak Ros, Pak Tan dan Farihin yang menjadi pendengar setia drama tersebut ketawa. Kecuali Farihin. Dia seorang sahaja yang mengalirkan air mata.
'Kan bagus kalau mak pak hidup lagi... Dapat bergurau macam ni. Mak pak, Rihin rindu..' rintih Farihin dalam hati.
"Yang kamu menangis tu kenapa? Tak macholah.." soal Abang Li, hairan dengan sikap Farihin. Orang lain sedang bergurau senda, dia seorang je yang mengalirkan air mata.
"Tak adalah. Saya menguap tadi." sorok Farihin.
"Yalah.. Apa-apa ajelah. Tak payah buat drama lagi. Dah makan cepat." kata Mak Ros sebelum menceduk nasi ke dalam pinggan setiap seorang.
Farihin cuma tersenyum kelat mendengar kata-kata Mak Ros yang berbaur sindiran..
*****

Monday 19 September 2016

Last Memory : 4

"Hm.. Farihin. Apa yang terjadi sebenarnya?" tanya Nureen ketika di dalam perjalanan pulang ke rumah Farihin.
"Cuma family matters je." bohong Farihin. Dia cuba menutup kebenaran untuk mengelakkan Nureen menjadi over protective.
"Bo-hong. Just tell me. Anytime. All your problems. If Allah Wills, I can help you." kata Nureen. Dia cuba menaikkan semangat Farihin yang telah hancur akibat di buru oleh 'mereka'.
"Okey.. Tapi janji dengan aku jangan bagitau sesiapa. Termasuk Hafiz."
"Hm."
"Sebenarnya..." Farihin pun menceritakan apa yang berlaku dari mak paknya meninggal sehingga peristiwa pagi tadi.
"Kesiannya kau.. Sorry... Aku tak tau pun yang kau dah tak ada mak pak. So, kau tinggal dengan sapa sekarang ni?" tanya Nureen. Menarik sedu mendengar cerita Farihin.
"Nevermind.. Ak-aku tak kisah. At least ak-aku dah lu-luahkan apa ya-yang aku ha-hadapi selama ni. Aku tinggalndengan Mak Jah, mak angkat aku. Wanita yang sama jumpa aku lepas aku pengsan." Farihin menekup mukanya sebelum terduduk di atas bangku yang disediakan di situ. Dia menarik nafas panjang sebelum mengelap juraian air mata yang tumpah.
"Hurm.. Kita rehat sekejap eh? Aku penat." kata Nureen.
"Ok. Aku hauslah.. Jom pergi beli air kat sana." adu Farihin sambil menunjuk ke arah sebuah gerai yang menjual aneka jenis air. Dia mengibas-ngibas bajunya untuk menghilangkan panas.
"Jom, aku belanja." kata Nureen sebelum berlari anak ke gerai yang ditunjuk.
*****
Gerai Mak Ros..
"Mak, air Cappucino Oreo 1, dengan-" Nureen memesan air sebelum terhenti seketika memikirkan air yang hendak dipesan oleh Farihin.
"Cappucino Latte 1." pesan Farihin ringkas.
"Sekejap ya." Mak Ros mula membancuh air yang dipesan oleh mereka berdua.
"Yeen, siapa tu? Boyperen kau ke? Tak ceghita dengan mak pun." soal Mak Ros semasa membancuh air. Dia ingin mengorek rahsia anak angkatnya.
"Hish, tak adalah. Kawan je. Tapi kalau betul pun apa salahnya. Hehehe." Nureen cuba berseloroh dengan wanita yang berusia 40-an. Nasib baik Farihin tak dengar. Kalau tak...
"Hish kamu ni. Kecik-kecik lagi dah menggatal. Nah, air dah siap. Kali ni mak belanja. Kamu pun dah jarang datang." kata Mak Ros lalu menghulurkan dua cawan besar air yang dipesan.
"Mak yang mulakan dulu. Oklah mak, Yeen balik dulu. Lepas ni kalau hari-hari Yeen datang mak belanja jugalah kan?" seloroh Nureen lagi.
"Banyaklah kamu. Kalau macam tu gayanya, bankeraplah mak. Jalan tu bebaik. Pandang kiri kanan. Lelaki sebelah kamu tu kalau kena attack, suruh lindung kamu, bukan kamu lindung dia. Paham?" pesan Mak Ros. Sempat lagi dia berseloroh.
Farihin yang ada di samping Masyitah cuma tersenyum lebar.
"Yalah mak. Terima kasih banyak-banyak! Yeen balik dulu. Assalamualaikum." pamit Nureen sopan.
"Waalaikumsalam." jawab Mak Ros dengan perlahan sebelum melayan pelanggan yang ada.
Mereka berjalan beriringan sebelum duduk di tempat yang didudukinya sebelum memebeli air.
Belum sempat Nureen menghirup air yang dibeli, Farihin sudah mengajukan soalan.
" Mak? Siapa dia pada kau?" soal Farihin bertalu-talu.
'Boleh tahan kepochi jugak mamat ni. Semua benda nak tau. Aiseh..' kutuk Nureen dalam hati.
" Mak? Siapa dia pada aku? Dia kawan umi aku. Orang panggil dia Mak Ros. Aku panggillah dia mak. Lagipun dia mak angkat aku. Anything else before I drink my beverage?" jawab Nureen senafas. Semput dibuatnya.
"Ahh.. I see.. Reen, kau boleh larikan?" soal Farihin selepas mendapat jawaban kepada soalannya.
"Boleh. Tapi semput sikit. Kenapa?" soal Nureen pula dengan hairan.
"Kau nampak diorang kat sana? Ingat lagi pasal 'mereka' yang aku cerita dekat kau? Itulah diorang. Mesti diorang tengah cari aku." terang Farihin dengan nada laju.


"Seriously?!" Nureen segera menekup mulutnya selepas tersedar dia telah terjerit kecil. Takut menarik perhatian 'mereka'.
"Shh.. Nanti diorang dengar naya kita. Alamak.. Masalah dah datang. Ini semua kau punya pasal. " kata Farihin apabila melihat 'mereka' berjalan mendekati dia dan Nureen.
"Eheheh.. Sorry. Jadi, apa rancangan kita sekarang ni?" soal Nureen dengan nada yang risau. Dia sudah cuak. Rama-rama yang berada di dalam perutnya sudah pun menari dengan riang.
"Aku kira sampai tiga, kita lari sama-sama ek?" kata Farihin.
"Ok."
"Satu..." Nureen sudah meletakkan air disisi.
"Dua..." dia berdiri dan membetulkan pakaiannya.
"Tiga!" Mereka berdua berlari sekuat hati sehinggakan tersenggol bangku yang didukinya lalu air yang berada di situ tumpah. Membazir betul.
"Hah..Hah.. Adoiiyai. Semput den." keluh Nureen sebaik sahaja berhenti di sebuah tempat. Dia membongkokkan sedikit badannya akibat termengah-mengah.
"Kau.. pikir.. hah.. kau.. sorang je... hah... yang mengah.. ni.. semua salah.. kau.. hah.." kata Farihin sepatah demi sepatah diselang-selikan dengan keluhan.
"Diorang dah pergi ke?" soal Nureen sambil tertinjau-tinjau.
"Dah kut. Jomlah balik. Badan aku dah melekit ni." ajak Farihin.
"Hmm.."
Baru setapak mereka melangkah, satu suara sudah berdehem di belakang.
"Ehem. Kesian.. Aku aim seekor je, tapi yang tertangkap dua ekor. Lain jantina pula tu, macam merpati dua sejoli. Oops! Aku lupa, kau milik aku seorang je." kata ketua 'mereka'.
"Itulah ketua yang aku cakap. Psycho. Mental. Sakit jiwa. Senang kata dia gila." terang Farihin dalam nada berbisik kepada Nureen tanpa dipinta.
"Kesian.. Muda lagi dah mental. So, apa kita nak buat sekarang? Takkan nak tunggu kat sini sampai kena belasah?" soal Nureen senada.
"Lari?"
"Lari? Hmm.. Aku kurang pastilah. How about kita berdamai dan lari?" cadang Nureen sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Okey juga tu. Kita try." Farihin bersetuju dengan cadangan Nureen.
"Charles, apa kata kita damai? Kau senang aku pun senang. Kau tak payah kejar aku dan aku boleh hidup dengan aman. Amacam?" bincang Farihin. Charles nama yang digunakan oleh Farihin ketika dahulu untuk memanggil ketua 'mereka' memandangkan dia tidak tahu nama sebenarnya.
"Damai? In your dreams." kata Charles perlahan sebelum menendang Farihin.
Farihin menutup mukanya untuk mengelak. Dia membuka mata sebelah untuk mengintai keadaan memamdangkan dia tidak merasai apa-apa. Kelibat seseorang dihadapannya membuatkan dia terkejut.
"Masy? Apa yang kau buat ni. Bahaya tau tak? Kalau apa-apa yang jadi aku yang kena tanggung, bukan kau." leter Farihin.
"Hahaha, kau yang kena tanggung? Lawak weh. Nak harapkan kau sampai esok lunyai. Lagipun luka kau tu baru je kering. Takkan nak tambah lagi kut. Agak-agaklah. Lagipun aku saja nak practice balik skill taekwando aku. Tali pinggang hitam tapi skill  kelaut. Itu bukan aku." kata Nureen dengan nada angkuh.
"Woah, lovebirds dekat sana tengah bergaduhlah. Hebat!" kata Charles dalam nada menyindir tetapi tidak dihiraukan oleh mereka berdua.
"Oh shit! Buat-buat pekak diorang ni. Tapi, tak apa. Let me see, sama ada dia boleh elak atau tidak serangan aku." bebel Charles perlahan. 'Mereka' yang lain sudah diarah untuk pulang supaya tidak menimbulkan kecurigaan kepada orang sekeliling.
Dush!
Satu tumbukan padu tepat ke lengan Farihin membuatkan dia tersentak.
"Woi perempuan mental! Mana adil main pukul curi! Ni semua salah kau Farihin. Berleter aje kerjanya. Macam mak nenek. Aduh.. Sakit tau tak!" bebel Nureen sambil mengusap lengannya.
"Dalam perlawanan tak ada istilah pukul curi! Yang penting aku menang!" Charles membuat tendangan yang padu ke perut Nureen. Ia mampu dielak tepi akibat berlanggaran dengan Farihin yang berada disebelahnya menyebabkan serangan itu tepat pada sasaran.
Senak.
Cuma itu yang dirasai sekarang. Charles cuma tersenyum sinis apabila memandang Nureen yang memegang perutnya yang ditendang dan Farihin yang sudah pengsan akibat terhantuk di kepala batu Nureen silih berganti. (Kena dekat tempat luka, itu yang pengsan.)
"See you next time sweetie. And let's play more fun game soon. Bye." bisik Charles di telinga Farihin yang tidak sedarkan diri.
"And you little bastard! Don't you ever try to take Farihin from me! He is mine! Remember my warn! Other else, you will die!" Charles mengugut Nureen sebelum berlalu pergi.

*****

Last Memory : 3

Kring!! Jam loceng milik Farihin berdering menandakan waktu sudah pagi.
"Huargh!! Malasnya nak pergi sekolah. Kan bagus kalau tak payah sekolah. Menyusahkan betul." rengus Farihin sebelum mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi.
*****
"Selamat pagi Mak Jah." Farihin menyapa mak angkatnya yang sibuk menyediakan sarapan.
"Selamat pagi Hin. Hah, cepat makan. Nanti kamu lambat pula pergi sekolah. Kamu tu pengawas, kenalah jadi contoh yang baik pada murid yang lain. Dibuatnya kamu datang lambat. Habis.." Mak Jah  menarik kerusi dan sempat menyelitkan leteran kecil di dalam arahannya.
"Yalah.." jawab Farihin ringkas sebelum menjamah nasi goreng cina yang dimasak oleh Mak Jah tadi. Usai makan, Farihin menyalami Mak Jah dan bergegas keluar dari perkarangan rumahnya.
"Hati-hati Hin!! Lintas jalan tengok kiri kanan, baca basmallah dulu!" laung Mak Jah dari dalam, mengingatkan Farihin tentang keselamatan.
"Ok Mak Jah!" Farihin mengatur langkah dan mengambil laluan shortcut ke sekolah memandangkan dia sudah lewat 10 minit.
Tap, tap, tap.
Bunyi derapan tapak kaki mengekori Farihin dari belakang. Dia memalingkan mukanya ke belakang untuk melihat siapa yang mengekorinya.
Kosong.
Cuma angin dingin pada waktu pagi sahaja yang menyapa mukanya. Dia meneruskan perjalanannya dengan cepat.
Tap, tap, tap.
Derapan tapak kaki didengari lagi. Farihin memalingkan muka dan 'mereka' muncul. Farihin berlari untuk mengelakkan ditangkap.
Tetapi, buat kali yang kedua nasib tidak menyebelahi dia. Dia tersepak tin air yang dibuang merata-rata oleh orang yang tidak bertanggungjawab lalu terjatuh.
Wajah kedua ibu bapanya berlayar di benaknya. Peristiwa hitam kembali menghantui minda. Di mana dia ditangkap  oleh mereka.
"Mana kau nak lari, Farihin? Kau dah tak ada siapa-siapa lagi dah kat dunia ni. Kau patut ikut mak pak kau... Tapi... Tak apa, aku nak biar kau terseksa dulu.." ucap salah seorang daripada 'mereka' sebelum mengarahkan yang lain membelasah Farihin.
"Kita jumpa lain kali ya, Farihin sayang~" kata salah seorang daripada 'mereka'. Orang yang sama juga mengarahkan yang lain membelasah Farihin.
Farihin menggagahkan diri untuk berjalan dam berhenti di hadapan sebuah rumah. Bukan untuk meraih simpati. Tetapi tubuhnya sendiri tersungkur di situ. Dia cuba untuk bangkit tetapi gagal.
Pandangannya semakin kabur.. Dan... Sesusuk tubuh menghampirinya... Gelap.
*****
"Aduh.. Aku dekat mana ni?" Farihin mengaduh kesakitan apabila memaksa tubuhnya untuk bangkit dari perbaringan.
"Kau dah bangun Farihin? Nah makan bubur ni. Lepastu kau kena makan ubat." satu suara menyapanya dan menyua semangkuk bubur. Suara yang sama juga menegurnya sebelum pandangannya menjadi gelap.
"Reen? Apa yang kau buat dekat sini?" soal Farihin.
"Lah.. Kau pengsan depan rumah aku. Badan berdarah-darah. Nanti kau cerita apa yang berlaku. Sekarang ni kau makan dulu."
"Kau.. tak pergi sekolah?" soal Farihin. Dia masih tidak menyentuh bubur tersebut. Mungkin masih panas.
"Macam mana aku nak pergi. Kau pengsan depan rumah aku. Terpaksalah aku bawa kau masuk dalam, mandikan kau, cuci luka kau, tukar baju kau. Sampai aku dah terlambat. Ini semua salah kau." bebel Nureen.
"Sekejap... Kau mandikan dan tukarkan baju aku?! Maknanya kau..." Farihin menyerkap jarang. Pelbagai benda negatif bermain difikirannya.
"Aduh... Bukan akulah. Aku minta tolong ayah aku. Kau gila ke nak suruh aku buat benda tu. Dah makan bubur ni cepat. Kau kena makan ubat. Badan kau masih lemah." arah Nureen.
"Tapi, tangan aku sakit. Aku... tak reti makan pakai tangan kiri."
"Kau jangan nak mengelat. Tegak sikit badan tu. Aku suapkan. Nganga mulut tu besar-besar. Ahh..." Nureen memasukkan sesudu bubur ke dalam mulut Farihin tanpa meniupnya.
"Aduh. Panaslah! Nasib baik lidah aku tak melecur." tegur Farihin.
"Hehehe.. Maaf tuan. Yang ni dah sejuk sikit." kata Nureen selepas meniup sedikit bubur yang di senduk sedikit sebelum disuap.
"Panas lagilah.."
"Mana ada. Dah sejuk."
"Panas.. Cuba kau hirup sikit." cabar Farihin.
"Apa pasal aku pula. Yang sakit kau bukan aku." Nureen menolak mentah-mentah cabaran yang dikemukakan oleh Farihin.
"Kau buat. Kalau tak aku tak nak makan." ugut Farihin.
"Yalah.." Nureen terpaksa bersetuju untuk menyahut cabaran Farihin.
"See. Tak panas pun kan. Dah makan cepat. Aku nak ambil ubat kau." kata Nureen sebelum meneruskan kerjanya..
"Burp! Alhamdulillah. Mana ubat? Kata suruh makan." Farihin sendawa kecil sebelum menanyakan perihal ubat.
"Bagi perut tu rehat sekejap. Tak adalah terkejut. Ni ada lagi separuh ni siapa nak makan?" soal Nureen apabila melihat bubur yang masih berbaki separuh.
"Kaulah. Aku dah kenyang."
"Aku? Aku dah makanlah." bohong Nureen. Walhal dia terliur melihat bubur yang dimasak oleh maknya.
"Tipu. Kau tak makan lagi. Tengok muka pun dah tau. Kau mana reti menipu." bidas Farihin.
"Yalah.. Tapi.."
"Apa tapi-tapi? Makan cepat. Kang kau sakit siapa nak jaga. Kesian mak pak kau. Better kau makan cepat kalau tak aku cium kau." ugut Farihin lagi.
'Gulp. Cium? Baik aku makan... Tapi.. Guna satu sudu dengan dia. Oh my! I can't breathe!' getus Nureen dalam hati
"Woi.. Mengelamun apa lagi? Cepat makan.. Kalau tak.." Farihin mendekatkan mukanya ke muka Nureen sehiggakan Nureen boleh merasakan nafas Farihin.
"Okey okey." Nureen menolak muka Farihin dan memulakan makannya.
Usai makan, dia mengejutkan Farihin yang tertidur akibat menunggu lama untuk waktu makan ubat.
"Farihin, bangun. Makan ubat."
"Makan ubat? Hmm.." Farihin bangkit dengan sendiri memandangkan dia sudah bertenaga sedikit.
Farihin menelan ubat yang dihulur. Berkerut-kerut dahinya menahan rasa pahit dan kelat ubat tersebut.
Tidak sampai beberapa minit...
Uwekkk!! Farihin memuntahkan segala isi yang terkandung di dalam perutnya ke atas Nureen.
"Maaf.. Aku tak sengaja." Farihin meminta maaf dengan muka sangat bersalah. Seperti lepas membunuh.
Nureen cuma diam dan memandang wajah polos Farihin. Kemudian dia tergelak kecil.
"Tak apa. Kalau nak muntah, muntah je lagi. Nanti aku yang basuh." ujar Nureen sambil tersenyum. Senyuman manis mungkin?
"Tapi.. tak menyusahkan kau ke? Dahlah aku pengsan depan rumah kau, kau penat-penat suapkan aku, buat semua benda. Tetapi aku muntahkan semua benda yang ada dalam perut aku kat kau. Kau tak marah?"
"Tak.. Kau minum air suam ni lepastu bawa tidur. Rehat dulu. Aku nak pergi tukar baju." Nureen meninggalkan Farihin dengan segelas air suam dan menuju ke biliknya untuk menukar baju.

'Kenapa aku tak perasan yang kau ni baik? Butanya aku.. Ahh! Mungkin dia cuma berpura-pura dan ambil kesempatan je. Perempuan semua sama je.' getus Farihin di dalam hati. Dia tewas dengan ego. Ego yang menggunung.

Last Memory : 2

2

"Bosannya duduk rumah sorang-sorang!!! Dahlah tv semua CJ Hotak Kau Shop. Wattpad cerita tak ada yang update. Ajak Hafiz lepak kat tamanlah." Nureen berbicara sendirian di dalam biliknya. Nasib baik jiran sebelah tak dengar walaupun nada suaranya agak tinggi. Kalau tak, naya kena sound. Masyitah mencapai telefon yang berada di atas meja kecil untuk menghantar pesanan kepada Hafiz menggunakan aplikasi Whatsapp.
*****
Ting!
Telefon Hafiz berbunyi menandakan mesej masuk. Hafiz yang sedang mengelap rambutnya yang basah, mengambil telefonnya dengan segera. Manalah tahu ada kecemasan.
15:30. Reen: Assalam Fiz.

15:30. Hafiz: Wassalam. Nak apa?
15:31. Reen: Jom lepak kat taman. :)
15:32. Hafiz: Aku malaslah
15:32. Reen: Please~ Aku duduk sorang-sorang kat rumah ni. Bosanlah... *buat muka comel*
15:35. Hafiz: Ajaklah Farihin kau tuh.
15:35. Reen: Tak naklah. Nanti aku kena marah. Kesiankanlah junior kau sorang ni.. T^T
15:36. Hafiz: Yelah... Kau tunggu sekejap.
15:36. Reen: Macamnilah senior yang baik! Sayang kau <3
15:37. Hafiz: Uwekkk.. Apa-apa jelah kau ni.

"Haih... Budak ni, tak puas ganggu Rihin aku pulak yang diganggu. Mandi peluh lagilah jawabnya.." satu keluhan berat dilepaskan.
*****
"Manalah mamat ni... Kata sekejap aje, ni dah dekat setengah jam dah ni aku menunggu." omel Nureen. Dia mengambil keputusan untuk bermain buaian setelah lama menunggu.
"Once I was 7 years old, my momma told me, go make yourself some friend or you'll be lonely, once I was 7 years old."
"Amboi, syoknya menyanyi sampai orang datang pun tak perasan.. By the way sedap suara kau." puji satu suara.
Nyanyian Nureen terhenti apabila ditegur tuan empunya suara. Dia menoleh ke belakang untuk melihat tuan empunya suara.
"Erm, thanks. By the way, dah lama ke sampai?" Nureen turun dari buaian dan berjalan menuju ke gazebo yang disediakan. Hafiz hanya membuntuti langkah Nureen.
"Welcome. Aah, baru sampai." jawab Hafiz ringkas.
"Sorang je ke? Bukan aku suruh bawa kawan ke?"
"Tu ha.." Hafiz menjuih bibir ke arah Farihin yang ralit memerhati beberapa orang budak bermain bola sepak.
"Apahal duh kau bawa dia?! Bukan aku kata ajak orang lain selain dia ke?!" suara Nureen yang agak kuat telah menarik perhatian Farihin untuk mengetahui apa yang terjadi.
"Apa pasal bising-bising ni?" Farihin memandang Nureen dan Hafiz silih berganti.
"Kau tanyalah budak ni. Aku nak pergi main dekat sana sekejap." Hafiz menuding jari tepat di batang hidung Nureen (tak kena pun) sebelum pergi meninggalkan Farihin yang terpinga-pinga. Nureen memandang Hafiz dengan pandangan 'Apahal aku pulak!'.
"Can you explain?" tanya Farihin, mendapatkan kepastian.
"None of your business." jawab Nureen ringkas sebelum melabuhkan punggung ke kerusi yang disediakan di gazebo tersebut dan menyumbat earphone ke lubang telinga. Dia melentokkan kepala ke atas meja.
"Why you not answer my question?"
Nureen hanya membiarkan soalan Farihin terbang begitu dibawa angin. Seolah-olah dia tidak wujud. Dia enggan menjawab. Sebab apa? Biarlah lelaki itu fikirkan sendiri apa salah dia..
"All I need is a love in my life
All I need is a little love in the dark
A little but I'm hoping it might kick start
Me and my broken heart
Yeah ♪"
Nureen menyanyi kecil untuk menghilangkan rasa kejanggalan yang agak ketara. Hanya dia sahaja yang mendengar bibit-bait lirik lagu tersebut.
Farihin yang tidak puas hati dengan tindakan Nureen yang tidak mengendahkan kewujudannya mengambil keputusan untuk duduk di sebelah Nureen dan menarik earphone sebelah kanan miliknya. (Duduk ada jarak okey.)
"Oit, apa main tarik-tarik ni?" Nureen mengangkat muka akibat terkejut dengan perbuatan Farihin.
"Hobi." Farihin menjawab ringkas sebelum melentokkan kepalanya menghadap Nureen.
Akibat perbuatan Farihin itu, serta merta darah terus menyerbu ke mukanya. Mukanya sudah merah bak tomato yang masak dengan ranum. Untuk mengcover  mukanya yang sudah merah, Nureen mengambil keputusan untuk tidur.
Nureen memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan berulang kali untuk mencari posisi yang sesuai tetapi gagal. Kerana terpaksa, dia harus menghadap muka Farihin dan terlena...
"MP3? Aku nak checklah lagu apa je yang ada dalam playlist dia." getus Farihin sebelum megambil MP3 Nureen.
"Hmm... 7 Years, Lost Boy, Me and My Broken Heart, Ku Rela Dibenci.. Banyak jugak lagu budak ni.. Eh, kejap. Lagu ni semua bukan aku pernah share dekat JOOX ke? Sah budak ni stalk aku memanjang." gumam Farihin. Sejujurnya dia agak terkejut apabila melihat playlist yang berada di dalam MP3 Nureen.
"Dah puas kacau barang orang?" soal Nureen, kasar.
"Erk. Sorry..."
"Sorry? Untuk apa?" soal Nureen sambil memeluk tubuh, meniru lagak seorang inspektor yang sedang menyoal suspek. Mimik muka diubah seperti seorang yang garang. Pada luaran seperti inspektor 'singa' tetapi di dalam hati mahu tergelak melihat Farihin yang terkulat-kulat akibat disergah tiba-tiba.
"Untuk ambil barang kau tanpa izin?"
"Itu je ke kesalahan yang kau buat?" soal Nureen.
"Ya kut." jawab Farihin sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kesalahan pagi tadi?" soal Nureen sambil mengangkat kening sebelah ala-ala Ziana Zain.
"Pagi tadi? Aku mana ada buat salah." Farihin menafikan persoalan Nureen.
"Are you sure? Cuba kau ingat balik apa yang kau buat dekat aku pagi tadi."
"Pagi tadi? Jap aku nak flashback. Mana tahu ada salah yang aku buat tapi tak ingat. Banyak makan semut jugak aku ni." Farihin cuba berseloroh untuk menceriakan suasana yang telah suram.
"Ha.ha.ha. Hambar weh.. Dah ingat ke belum? Dah nak masuk waktu senja ni. Cepat sikit. Tak pasal-pasal nanti ada yang mengikut." Nureen mengingatkan Farihin yang sedang berfikir dengan lama.
"Em.. Yang kau kacau aku pagi tadi eh?"
"Eh tak adalah. Yang aku lempang kau pagi tadi."
Farihin terkedu.
'Itulah kau. Orang tengah marah tanya-tanya lagi. Dah sah-sahlah itu yang kau buat. Kan dah kena loyar buruk.' omel Farihin dalam hati.
"Aku... minta maaf. Aku stress sikit pagi tadi."
"Ok. Stress. Aku stress kau tak tau. Maaf huh? Too late." Nureen mahu mengangkat kaki untuk pulang ke rumah tetapi dihalang oleh Farihin.
"Chill babe. Kau suruh aku minta maaf tapi kau tak terima maaf aku. Apahal?" Farihin menghalang Nureen menggunakan tangannya. Dia mendekatkan mukanya ke muka Nureen.
"Aku tak cakap kalau kau minta maaf aku maafkan kau. At least kau dah tahu silap kau. Aku balik dulu. Kirim terima kasih dan salam dekat Hafiz. Assalamualaikum." Nureen menolak tangan Farihin ke tepi dan pulang ke rumah.
Hafiz yang baru pulang dari padang memandang pelik ke arah mereka berdua.
'Apa kes lagilah diorang berdua ni. Takkan tak baik lagi kut.' getus Hafiz sendirian sebelum menuju ke gazebo untuk berehat sebentar.
Farihin yang agak 'frust' dengan perbuatan Nureen hanya menyoroti langkahnya...
'Aku dah maafkan kau Rihin.' Nureen tersenyum sendirian semasa perjalanan pulang ke rumah.

Wednesday 7 September 2016

DENDAM : 4

Chapter 4: Kenapa?

"Gomenasai..." Aneesa mengeluarkan sebilah pisau dari poketnya dan mengacukan ke pipi Masyitah.
"Aneesa... Apa yang kau buat ni? Kau dah gila ke?" Masyitah meronta-ronta dan mengatanya dengan separuh menjerit.
"Aku terpaksa... Aku kena ikut cakap Farah sebab... Dia kata dia boleh hidupkan mak aku balik.." Aneesa tertunduk. Tanpa disangka, sebutir air mata seperti mutiara jatuh berguguran dengan lebat. Pisau dalam genggamannya terlepas. Perlahan-lahan rangkulan Aneesa dilepaskan. Masyitah terbatuk-batuk kerana sesak nafas.
"Astaghfirullah haladzim.. Aneesa, bawak bertaubat. Kau kena ingat, orang yang tiada tidak boleh dikembalikan. Ingat Allah. Kesian dekat mak kau kena seksa dekat dalam kubur. Sudah, sekarang ni kau pergi ambil wudhu' kita solat taubat dan solat hajat sama-sama. Minta ampun dekat Allah banyak-banyak. Doakan mak kau supaya tenang kat sana." Masyitah menenangkan Aneesa dan turut mengalirkan air mata dengan deras.
**********
"Farah mana korban untuk Dewa Kaila?!" Suara Mystery Voice bergema yang mengakibatkan Farah menutup telinga.
"Ma-maaf Comander. Anak buah saya gagal. Saya akan cuba sedaya upaya." Farah menunduk kerana takut untuk bertentangan mata dengan Comander.
"Aku tak kira! Kalau malam ni juga kau tak dapat cari korban, kau yang akan ku korbankan. Faham?!" Mystery voice alias Comander memberi arahan kepada Farah dengan suara yang lantang. Dia ingin membalas dendam kepada Masyitah yang telah dipendam selama 7 tahun. Dia fikir Masyitahlah penyebab dia menderita.
FLASHBACK 5 TAHUN LEPAS..
"Masyitah, Omedetou Otanjoubi! This present for you! Tak sangka birthday kamu sama dengan mendiang anak saya." Hanawa sensei memberi sekotak music box kepada Masyitah.
"Demo, kembar saya?" Masyitah menuding jari ke arah Maria.
"Masyitah. Sensei bagi hadiah untuk awak sahaja. Bukan orang gila macam dia!" Hanawa sensei menengking Masyitah. "Sensei tak layak nak kutuk kembar saya! Walau seteruk mana dia pun, dia tetap kembar saya!" Air mata Maria mula berguguran. Seisi kelas mentertawakan dirinya. Dia berlari keluar daripada kelas. Masyitah mula mengejar. Maria yang bijak mula menyembunyikan dirinya di dalam stor sukan.
"Maria-chan!! Maria!! Mana awak?!!" Masyitah melaung nama Maria dengan sekuat hatinya.
Sementara di dalam stor sukan....
"Apa salah aku sampai aku dapat nasib malang macam ni? Apa salah aku?" Maria hanya mengulang ayat yang sama sejak dia menyembunyikan dirinya di dalam stor sukan.
"Kau nak balas dendam? Aku boleh tolong kau."
"Honto ni?"
"Hai! Tapi dengan cara kau kena kekal dengan aku buat selamanya. Janji?"
Maria hanya mengangguk.
"Ingat, sekali kau buat perjanjian dengan aku, kau dah tak boleh patah balik. Faham?"
Maria sekali lagi mengangguk. Mantera dibaca dan seluruh stor sukan itu bergegar. Maria jatuh pengsan selepas upacara perjanjian selesai. Selepas beberapa jam Maria tersedar. Maria tersenyum sendirian. Dia bukan Maria yang dulu. Yang lemah, boleh dibuli sesuka hati. Tetapi dia Maria yang 'baru'. Dari dulu hingga kini hidupnya diselubungi kegelapan. Tiada cara dapat keluarkannya dari kegelapan tersebut kecuali........KORBAN.
END FLASHBACK
Commander alias Maria terduduk apabila teringat peristiwa lama. Peristiwa dimana dia jatuh ke dalam lembah kegelapan. Dia menggigit bibirnya. Menahan cecair jernih keluar, takut dianggap pengecut. Namun perbuatannya itu disedari oleh seseorang.
"Kenapa menangis? Takut?" Suara tersebut bergema. Maria menutup telinga. Suara yang amat dibenci. Sangat menyeramkan. Dia menangis sepuas hatinya.....

**********
"Aneesa, boleh kau terangkan macam mana kau boleh terjebak dalam game ni?" tanya Masyitah usai menunaikan solat.
"Actually cerita dia macam ni....